Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 17 June 2017

LEONARDO DICAPRIO TAK SIOR TERIMA HADIAH ASAL DARI 1MDB

Adik-adik yang sedang bercinta dengan Leonardo DiCaprio boleh menarik nafas lega. Pelakon tu tak mahu terlibat dengan kontroversi 1MDB.

Begini ceritanya:

Pelakon Leonardo DiCaprio telah menyerahkan kembali Oscar dimenangi oleh Marlon Brando kepada penyiasat Amerika Syarikat yang menyiasat dakwaan pengubahan wang haram oleh dana pelaburan milik negara Malaysia, kata wakilnya, Lapor Reuters.

DiCaprio juga telah mula mengembalikan barang-barang lain yang tidak dikenali diterima pelakon itu sebagai hadiah untuk lelongan amal dan yang berasal dari pihak yang berkaitan dengan dana 1MDB. 

Pada bulan Julai tahun lalu, syarikat produksi Hollywood Red Granite telah dituduh dalam tuntutan mahkamah sivil Amerika Syarikat, menggunakan USD$ 100 juta yang didakwa diseleweng daripada dana 1MDB untuk membiayai filem DiCaprio "The Wolf of Wall Street," di mana beliau membintanginya.

DiCaprio berkata pada Oktober lalu beliau bekerjasama dengan siasatan dan akan mengembalikan apa-apa hadiah atau derma jika didapati berpunca daripada sumber yang boleh dipersoalkan.

“DiCaprio berusaha mengembalikan barang-barang ini, yang diterimanya bagi maksud dimasukkan dalam lelongan kebajikan tahunan untuk mendapat manfaat kepada yayasannya,” menurut kenyataan itu.

"Beliau juga mengembalikan Oscar yang asalnya dimenangi oleh Marlon Brando yang diberikan kepadanya sebagai set hadiah terima kasih Red Granite kepada beliau atas penglibatannya dalam filem 'Wolf of Wall Street," tambah kenyataan itu.

Yayasan Leonardo DiCaprio ditubuhkan pada tahun 1988 bagi menyokong pelbagai projek alam sekitar.

Dalam pemfailan terbaru pada hari Khamis 15 Jun lalu, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berusaha merampas karya seni oleh Picasso dan Basquiat yang dikatakan dibeli dengan pengubahan wang Malaysia dan dihadiahkan kepada DiCaprio oleh Red Granite.

Pemfailan Khamis lalu juga bertujuan merampas aset dua filem Red Granite yang didakwa dibiayai oleh wang daripada dana 1MDB. Filem tersebut diterbitkan tahun 2014, "Dumb and Dumber To" dibintangi Jim Carrey, dan tahun 2015 "Home Daddy" dibintangi Will Ferrell .

Red Granite Pictures yang berpangkalan di Los Angeles dalam kenyataan pada Khamis lalu berkata "terlibat secara aktif dalam perbincangan dengan Jabatan Kehakiman bertujuan untuk menyelesaikan kes-kes sivil dan sedang bekerjasama sepenuhnya."

Dokumen yang difailkan pada 15 Jun 2017 di Mahkamah Daerah California itu disebut sebagai Case 2:17-cv-04443 mengandungi 251 halaman. 


Perenggan 31 di halaman 14 dalam dokumen itu menjelaskan istilah “public servant” seperti yang digunapakai di Seksyen 21 Kanun Kesiksaan Malaysia. 

Perenggan 32 di halaman yang sama menyebut MALAYSIAN OFFICIAL 1 ialah pegawai tertinggi dalam Kerajaan Malaysia yang memegang kuasa di 1MDB.

Perenggan 33 di halaman tersebut pula merujuk kepada Riza Shahriz Bin Abdul AZIZ sebagai warganegara Malaysia yang bersaudara dengan MALAYSIAN OFFICIAL 1 dan sahabat Jho Low. Beliau salah seorang daripada pengasas studio pengeluaran dan pengedaran filem Hollywood, Red Granite Pictures, pada tahun 2010.

Kalau skandal 1MDB itu hanya cerita rekaan pembangkang, mengapa DiCaprio mahu kembalikan hadiah bernilai jutaan ringgit yang diterimanya?

Siapa MO1? Ada akal, fikir.

Terpulang kepada rakyat sama ada mahu terus tinggal dalam perigi buta, atau turut serta bersama PAKATAN HARAPAN untuk menjana perubahan demi membina semula maruah rakyat dan negara.