Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 16 April 2017

BERKETAK DAHULU SEBELUM BERTELUR

Semua sudah maklum Malaysia menandatangani berpuluh-puluh MoU dengan China. Macam-macam MoU - Boleh kematu jari-jari menanda tangani kertas-kertas tu.

Pada 10 April baru-baru ini, Malaysia sekali lagi menandatangani memorandum persefahaman dengan negara China. Kali ini dalam Bidang Sumber Air.

Ketika menjustifikasi perjanjian terbaharu ini Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan China dalam bidang sumber air dilakukan tepat pada masanya. Kata beliau: 

"Perjanjian persefahaman itu kini menjadikan kerjasama kedua-dua negara dalam bidang sumber air lebih formal dan ia adalah peluang terbaik untuk Malaysia meningkatkan kepakaran sedia ada daripada China.


Ini adalah perjanjian yang amat kelakar. 

Index Prestasi Alam Sekitar (Environmental Performance Index) tahun 2016 yang dikeluarkan oleh Yale University jelas menunjukkan ranking Malaysia jauh mengatasi China, iaitu:

Raking Malaysia adalah 63 daripada 180 negara dalam kajian, berbanding dengan China yang iatuh ketinggalan ditangga 109 daripada 180 negara dalam kajian.


Tak percaya, tengok data di bawah ini. Negara mana lebih baik ranking dalam pengurusan alam sekitar?




Apakah yang Malaysia harapkan untuk pelajari atau teladani daripada sebuah negara yang gagal menguruskan alam sekitarnya sendiri dengan baik? Jika Malaysia ingin mempelajari cara untuk menangani masalah alam Sekitar, seharusnya Malaysia belajar daripada negara yang lebih baik prestasinya.

Tak begitu ke adat orang belajar?

Benar, China adalah satu kuasa besar dan berpotensi sebagai rakan kongsi niaga yang mampu memberi keuntungan ekonomi. 

Oleh kerana itu, hubungan antara Malaysia dan China harus ditangani secara berhikmah. Setiap cadangan untuk bekerjasama hendaklah diperhalusi dan sentiasa mendepani kepentingan rakyat dan negara.

Amat menghairankan!

Sambil ditakut-takutkan rakyat berbangsa Melayu dengan ancaman kononnya penguasaan negara oleh rakyat berbangsa Cina, tetapi UMNO/BN sikitpun tak kisah negara bakal dikuasai negara komunis China.


Ini contoh jer. Nak tengok contoh lagi click link di atas:



BERSULUH DI BULAN TERANG, TERTAWA HARIMAU

KLIK DI SINI

1 comment:

  1. mungkin Tn Blog boleh juga mohon pendapat/komen dari pakar pengurusan air, pemerosesan kumbahan, jurutera hidrolik dan seumpama untuk menaiktaraf posting dlm bidang teknikal sebegini.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.